Selasa, 6 November 2012
Cinta Dan Rindu
Khamis, 1 November 2012
Tanaman Tidak Berhasil
Apabila semua yang diusahakan berjalan lancar. Pokok berbuah, tanaman menjalar merayap ditiang-tiang kayu mengeluarkan putik bunga, esok lusa berbuahlah ia. Gembira tidak terkata, tidak sia-sia berhabis masa bercucuk tanam, meleburkan duit untuk meraih keuntungan dalam pertanian. Bukan sesuatu yang mudah untuk memastikan tanaman itu subur. Adakalanya apa yang ditanam tidak berbuah, tidak mengeluarkan hasil. Baja sudah di tabur, air setiap masa mengalir. Namun, tidak juga mengeluarkan hasil. Apakah masih silap? Bukan itu yang hendak dihebohkan.
Bernoktahkan Hitam, biarpun dalam apa jua keadaan ucaplah syukur. Biarpun tidak berhasil. Manalah tahu dengan sepatah kata itu tiba-tiba ia berbuah. Tidaklah menjadi mustahil. Sedang tumbuhan dihutan yang tidak dijaga dengan rapi masih mampu berbuah. Inikan pula yang seringkali di usahakan tanpa mengalah. Orang tua-tua selalu berpesan "Tiga perkara jangan dilupa. Usaha, Doa dan Tawakal." Jika diberikan baik maka ingatlah akan buruknya. Jika diberikan merana maka ingatlah akan bahagianya. Tidak akan mudah dan senang mendapat bahagia - bahagia tanpa melalui jalan duka. Jika dapat, maka tak perlulah ada usaha.
Khamis, 26 Januari 2012
Kesederhanaan...
Jika segalanya dipelajari satu persatu dengan penuh tertib. Akan ada jalan seiringan. Ada atas ada bawah, ada kiri ada kanan, ada depan ada belakang, rasa takut rasa berani. Jika segalanya bergerak seiringan pasti akan berada di tengah. Tidak ke sana tidak ke sini. Ibarat peribahasa, telur di hujung tanduk. Jika jatuh pastilah berderai. Bukan mudah mempertahankan.
Nabi bersabda "Aku merupakan orang terbaik di kalangan kamu. Aku solat tapi aku tidur. Aku puasa tapi aku berbuka. Dan aku juga berkahwin." Ini membuktikan Nabi memilih bersikap kesederhanaan. Tidaklah megah dengan apa yang dikurniakan, dan tidak juga lemah. Kekuatan kesederhanaan yang di bawa dalam islam. Membuktikan keberhasilan. Rasulullah bersabda "Sungguh bahagia orang orang yang masuk Islam, rezekinya cukup dan Allah menjadikan dia qanaah, berhati rela menerima segala pemberianNya."
BERNOKTAHKAN HITAM, berkatalah syukur, Alhamdulillah, Astaghfirullah. Itu sebahagaian yang akan menjadikan kesederhanaan. Walaupun sepatah kata, mampu mengingatkan tatkala lupa dan lebih penting akan kenal di mana datangnya segala. Tidaklah itu di jadikan dengan sia-sia, segala punya cerita. Makin di cantas lalang, makin lapang. Jangan lupa makin lapang, makin mudah melayang. Bersederhanalah, biar di kata kaku. Dalam kaku bergerak.
Rabu, 11 Januari 2012
Di Hutan Mahupun Di Lautan...
Di hutan mahupun di lautan. Tetap ada bahaya, kesukaran dan pelbagai halangan yang harus di tempuh untuk menuju di sesuatu tempat yang ingin di tuju. Di hutan, ada binatang buas, lalang-lalang lebat menyukarkan pemandangan, curam-curam dalam. Di lautan pula, ribut melanda, luas permandangannya sukar menentukan jalan, pusaran yang tiba-tiba jelma. Semua bahaya itu dapat direntas dengan pengalaman, ketahuan selok belok keadaan tempat yang ingin di tuju. Tanpa pengalaman, dan kajian mendalam akannya menjadikan terperangkap selamanya di situ. Jika ada bantuan mudahlah. Jerit sahaja timbulah akan penyelamat. Itu jika berteman. Jika keseorangan, apa yang akan dilakukan? itupun bukanlah soalan untuk di tujukan.
BERNOKTAHKAN HITAM, apapun situasi dan apapun keadaan. Kajilah dan fikirlah akan sesuatu itu sebelum membuat satu keputusan muktamat. Adakalanya keputusan akhir itu semakin mendatangkan bencana. Adakalanya keputusan terburu-buru itu selamat. Orang tua-tua ada kata... "Fikir dulu sebelum buat..." di tambah lagi dengan keterangan orang-orang lama... "Sekali jatuh belum pastikan luka..." Maka, jadikan pengalaman dan pengajaran andai terkena tempias bencana. Jangan marah tidak tentu hala. Manalah tahu, dengan bahana itu, semakin mengenali akan selok belok jalan tuju. Maka, jalan mana sahaja, senyum bersahaja.
Selasa, 4 Oktober 2011
MINIT TERAKHIR
Selasa, 27 September 2011
Matilah Kamu Sebelum Kamu Mati...
Ahad, 5 Jun 2011
BAWA BEKALAN SECUKUPNYA
Ahad, 15 Mei 2011
RUPANYA DARI SATU
Selasa, 10 Mei 2011
PADAMKAN KEDUKAAN
Indah taman berwarna warni. Ada putih, ada hijau, ada merah ada kalanya hitam. Apabila malam menjelma mematikan alam. Lihatlah tatkala gelap tanpa sinaran cahaya. Semua warna menjadi hitam. Hanya putih, putih berseri menampakkan dia. Hitam langsung tidak nampak bayang. Meraba-rabalah, jika sentuh. Mungkin dia, mungkin tidak.
Hadirnya malam membuka ruang menyelami setiap yang terang. Tanpa menggunakan mata, hanya gunakan rasa, hati yang sudah tertanam sekian lama. Diam-diam menyelam itukah dia? Itukah yang dicari sekian lama? Tanpa melihat bisakah membezakan sesuatu itu? Itukah yang dicari? Adakalanya tanpa mata, bisa berjumpa. Jika kuat rasa, hati mengatakan benar. Namun adakah benar? Bukan itu yang hendak dibicarakan.
Lihat bunga berwarna hitam dan putih. Diambil bezanya. Letakkan ditempat yang gelap. Mana yang akan diperhatikan dulu? Putih atau hitam. Sudah tentu putih. Putih mampu bersinar tatkala malam. Jadi tanamkan dalam hati. Senyum itu mampu memadamkan kedukaan. Biar kecewa ditelan badai. Namun hati tabah mengharungi. Kerana ada putihnya itu. Senyum.
BERNOKTAHKAN HITAM tatkala seksa di sepanjang jalan. Senyum dan berkatalah "Syukur masih di terima setiap jalan diadakan." Sedang ujian itu hadir kerana kecintaan. Masihkah ada cinta andai merungut di setiap jalan? Selamlah rindu, masihkah ada? Ada itu wujud.
BILA HENDAK DI CARI TIADA
Isnin, 9 Mei 2011
DIAM DAN KATA
Bisikan rasa sudah lama terpendam. Ibarat peribahasa nenek moyang dulu-dulu. Ditelan mati emak diluah mati bapak. Seperti itulah yang ingin dikabarkan. Pernahkah dirasa betapa sukarnya berkata-kata, betapa sukarnya berdiam? Percaya atau tidak semua pernah mengalami situasi ini. Apa yang akan dilakukan? Terus berkata atau terus diam. Hilang emak, hilang ayah.
Hadirnya kata-kata bukan menambahkan lagi pilu, sayu bermain di benak. Cuma ingin menyampaikan beberapa patah perkataan. Supaya diam dan kata seiring. Bagai cinta dan rindu. Tanpa cinta tidak bermakna rindu. Begitu juga pada rindu. Jadi, satukan sahaja rasa. Biar rapat ke temu. Tidak berpisah menjadi dua. Selamanya bahagia.
Apabila kata-kata tersekat dikerongkong. Tidak dapat diluah dengan sebenar-benar luah. Tidak dapat diam dengan sebenar-benar diam. Tuliskan dalam coretan hidup. Betapa seksa meredah belukar yang penuh kehitaman. Akan rasa, sedikit sebanyak luah rasa, diam itu berbicara serentak. Engkau luah, engkau diam. Engkau tidak diam, engkau tidak luah. Beritahulah pada kertas putih itu. Perasaan yang dialami.
Dan akhirnya BERNOKTAHKAN HITAM itu bermain dihujung bicara bisu. Mengukir di akhir tulisan ‘bertitikan’ hitam di atas kertas berwarna putih. Selamanya bernoktah dan dibuka semula apabila kata-kata ingin meluah. Sampai bila akan terhenti? Adakah mati penentu diam? Biar meluah diam-diam, jangan mengaku diam-diam. Arah menjadi buntu, berkatalah "Curahkan ilmu, moga bertemu. Diam dan luah seiring. Rapat, sebenar-benar rapat."