Isnin, 9 Mei 2011

MENCARI WARNA HITAM TATKALA MALAM

Jauh memandang rindu. Di setiap penjuru telah cuba di teroka. Namun apa yang ada disana. Gelap hitam warna. Mujur bulan itu bercahaya, dapatlah dilihat. Segala tiada menjadi ada. Hitam dipantulkan cahaya teranglah dia. Bukan hitam itu putih. Hitam tetap hitam, cuma terang menampakkan dia.

Selangkah kehadapan melihat akan warna. Perlukah hitam itu dilontar dalam gelap? Makinlah hitam warna tidak kelihatan. Meraba-raba, tercapai itukah dia? Sedang hari gelap bisa terang. Maka mencarilah hitam itu tatkala siang. Maka tidak teraba-raba di malam gelita. Adakah itu mudah? Pantulkan cahaya dua kali, silau rasanya. Jadi jangan disuluh. Lihat sahaja, itulah dia.

Apa perlu dinoktahkan setiap yang terjadi itu? Itu dia lautan yang direnangi bahtera. BERNOKTAHKAN HITAM cari dalam terang. Bukan menyuluh dua kali, dan silau. Lihatkan sahaja dalam terang, itulah dia. Carilah hitam tatkala siang, bukan malam, bukan dua kali suluhnya. Namun adakalanya baik juga disuluh. Makin terang, makin ingin melihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sahabat