Selasa, 4 Oktober 2011

MINIT TERAKHIR

Seperti tajuk di atas, apabila di englishkan menjadilah "Last Minute". Sekali sekala keluar dari kepompong bagus juga. Tidaklah terperap bagai katak dalam tempurung. Namun kalau selalu keluar, bermasalah juga. Benarkah? Bukan itu yang nak diheboh-hebohkan.

Pepatah mengatakan "Masa itu umpama air pasang surut, tiada siapa yang dapat menahannya". Dalam Al-Quran juga ada menyebutkan tentang masa "Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka menyeru kepada kebenaran dan menyeru kepada kesabaran." Dengan keterangan ayat-ayat ini. Menunjukan betapa pentingnya masa. Benarkah penting? Itupun bukan persoalan yang ingin dibicarakan.

Kadangkala bermacam-macam rasa ada. Malas, Bosan, kering idea ataupun mahu curi tulang. Senang kata bagaikan ada hantu menyorok dari dalam. Mungkin kerana itu, dapatlah perkataan "malas menghantui, bosan menghantui". Mungkin? ini bukan soalan, sengaja dilemparkan. Disebabkan itulah kerja tertangguh sehingga minit terakhir. Mudah kata, masa hendak hantar itulah baru sibuk menyiapkan kerja. Itupun kalau siap, kalau tidak? biarlah yang pakar dalam bidang ini menjawabnya.

Bagaimana untuk menanggani masalah ini? Sedangkan berkurun lama telah diberitakan mengenainya. Namun masih juga melengah-lengahkan. Ibarat BERNOKTAHKAN HITAM, titikkan dulu setiap kerja yang ada. Sesudah itu, carilah yang baru untuk dititikan. Tidaklah nanti bertembung. Jika kenderaan bercium, maka dua jadilah satu. Nampak sama, biarpun beza jenisnya. Hendak diasingkan, lontarkan sahaja dikilang besi buruk. Tidaklah susah menghabiskan masa disaat-saat terakhir. Namun adakalanya baik juga dibuat pada minit terakhir. Manalah tahu, tiba-tiba kerja yang hendak dibuat itu. Terpaksa dibatalkan. Senyum lebarlah nampaknya. Tapi, adakah semuanya akan tersenyum pada minit terakhir?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sahabat