Selasa, 27 September 2011

Matilah Kamu Sebelum Kamu Mati...

Sudah lama tidak berfikir akan sesuatu yang perlu difikir. Kata-kata itu menerjah tiba-tiba membawa menyelam lebih dalam perkataan yang tertera. Matilah kamu sebelum kamu mati. Mungkin ada yang pernah mendengar. Mungkin juga ada yang faham akan maknanya. Ataupun ada yang langung tidak pernah ambil tahu akan halnya. Apapun keadaan dan situasi perkataan "mati" secara tidak langsung mengingatkan pada keadaan sesuatu. Mudah dikatakan pergi untuk selamanya. Pergi ke mana? bukan itu yang hendak dihebahkan.

Rata-ratanya percaya akan tiba hari itu. Yaini Mati. Namun tidak tahu bila akan berlangsung detik-detik yang akan membawa ke alam baru. Barukah atau sudah lama ada? Itupun bukan persoalan yang ingin ditonjolkan.

Seperti peribahasa sepandai-pandai tupai melompat, akan jatuh ke tanah. Kenapa tidak diletakan. Sepandai-pandai tupai melompat, akan jatuh ke lautan. Atau sebagainya perhiasan atau kiasan. Mudah kata, ayat perli. Dan siapa yang menciptakan ayat-ayat sedemikian rupa. Sehingga membawa seribu satu makna didalamnya. Adakah sama apa yang difikirkan dengan ayat asal yang diutarakan? Manalah tahu, sana bercerita mengenai sesuatu hal yang benar akan ayatnya, disini pula mengupas mengikut kesesuaian fikiran berfikir. Atau itulah bayangan yang dapat dibayangkan, sedang bayang yang dibayangkan masih punya bayang. Apapun pendapat akan dapat diterima andai benar menuju kepadanya. Jika hendak tahu lebih terperinci, tanyalah siapa yang membuat ayat itu. Siapa yang membuat ayat-ayat itu? Dia kata dia, sedang dia belajar dari dia. Dan dia tahu daripada dia. Awal-awal tertera perkataan siapa penciptanya? Tidak mungkin terlahir sendiri atau yang melahirkan itu sembunyi, menutup rupa supaya mencari bayangan-bayangan yang ada. Tidaklah sibuk mencari rupa dia sahaja. Sedang katanya sama. Apa yang sama maksud dengan ayat itu (Matilah kamu sebelum kamu mati).

Bernoktahkan Hitam, tidak perlu berfikir terlalu dalam. Cukup sekadar faham akan bacanya. Tidaklah rungsing pening memikirkan pekara yang datang. Namun, matilah kamu sebelum kamu mati. Bolehkah diungkap lagi dengan perkataan? Sedang telah terang, tidak perlu difikir-fikirkan. Tidak perlu disuluh-suluh. Makin suluh makin rabun. Namun, ada baiknya menyuluh. Tidaklah pula nampak bangunan, terus terjun. Kata, matilah kamu sebelum kamu mati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sahabat