Selasa, 6 November 2012

Cinta Dan Rindu

"Aku menyintaimu sepenuh hati." "Tiada lain dihatiku selain dirimu." perkataan-perkataan biasa yang didengar apabila bercinta. Namun, benarkah apa yang dilafaskan itu? ini bukanlah tajuk utama untuk di bincangkan. Apapun cinta, rindu sememangnya wujud dalam setiap manusia. Apa itu cinta? Apa itu rindu? biarlah mereka yang pakar dalam bab ini menerangkan.

Dalam arus permodenan, ramai di kalangan remaja terjerumus ke lembah maksiat. Adakah ini tandanya cinta rindu? Ini bukanlah persoalan yang ingin diajukan. Setiap insan inginkan belaian, ingin dikasihi, sayang menyayangi. Namun, adakah perlu untuk berdua-duaan dalam tempat gelap, tangan menjalar bagaikan pokok timun mencari tiang untuk di panjat? adakah sepatutnya itu berlaku? soalan-soalan ini sengaja dilemparkan tanpa tahu punca sebenar.

Semakin dalam cinta dan rindu, semakin seringkali nama itu terlintas dihati. Bayang wajah singgah menjadikan bahagia. Bagaikan kata orang lama-lama... "mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena"   apakah penyebabnya? adakah kerana terlalu mengasihi, menyayangi? namun mengapa dengan mudah selepasnya masjid didirikan segalanya roboh bagaikan taufan melanda. Kadangkala kerobohan yang berlaku hanya disebabkan belacan yaini makanan, tidak serasi, salah faham. Mengapa masa bercinta merindu bagaikan belangkas, serasi bersama? biarlah pakar ekonomi menjawabnya.

Bernoktahkan Hitam. Dalam percintaan dan kerinduan ingatlah akan siapa pemberinya yaini Allah. Dengan mengingatiNya maka tidak akan ada sesuatu yang terjadi kerana hasutan syaitan. Tanamkan dalam hati dimana sahaja kaki melangkah disitu pasti adanya Allah. Orang tua-tua selalu kata... "dalam alam percintaan yang mudah itu adalah cinta dan rindu, yang sukar itu adalah setia." dan Orang lama-lama ada berkata... "Jika seseorang itu dilamun cinta, berikanlah ia meminum racun, pasti dia akan minum."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sahabat