Isnin, 9 Mei 2011

DIAM DAN KATA

Bisikan rasa sudah lama terpendam. Ibarat peribahasa nenek moyang dulu-dulu. Ditelan mati emak diluah mati bapak. Seperti itulah yang ingin dikabarkan. Pernahkah dirasa betapa sukarnya berkata-kata, betapa sukarnya berdiam? Percaya atau tidak semua pernah mengalami situasi ini. Apa yang akan dilakukan? Terus berkata atau terus diam. Hilang emak, hilang ayah.


Hadirnya kata-kata bukan menambahkan lagi pilu, sayu bermain di benak. Cuma ingin menyampaikan beberapa patah perkataan. Supaya diam dan kata seiring. Bagai cinta dan rindu. Tanpa cinta tidak bermakna rindu. Begitu juga pada rindu. Jadi, satukan sahaja rasa. Biar rapat ke temu. Tidak berpisah menjadi dua. Selamanya bahagia.


Apabila kata-kata tersekat dikerongkong. Tidak dapat diluah dengan sebenar-benar luah. Tidak dapat diam dengan sebenar-benar diam. Tuliskan dalam coretan hidup. Betapa seksa meredah belukar yang penuh kehitaman. Akan rasa, sedikit sebanyak luah rasa, diam itu berbicara serentak. Engkau luah, engkau diam. Engkau tidak diam, engkau tidak luah. Beritahulah pada kertas putih itu. Perasaan yang dialami.


Dan akhirnya BERNOKTAHKAN HITAM itu bermain dihujung bicara bisu. Mengukir di akhir tulisan ‘bertitikan’ hitam di atas kertas berwarna putih. Selamanya bernoktah dan dibuka semula apabila kata-kata ingin meluah. Sampai bila akan terhenti? Adakah mati penentu diam? Biar meluah diam-diam, jangan mengaku diam-diam. Arah menjadi buntu, berkatalah "Curahkan ilmu, moga bertemu. Diam dan luah seiring. Rapat, sebenar-benar rapat."

2 ulasan:

Sahabat