Ahad, 5 Jun 2011

BAWA BEKALAN SECUKUPNYA

Laut bergelora diredah. Hujan, panas tidak diendah. Asalkan kebahagiaan dikecapi sudah memadai baginya. Siang, malam dilautan. Mabuk, pening, gantuk, petir sabung menyabung, sejuk menggigil semua itu tidak menjadi alasan untuk berhenti. Memang gila hobinya kaki mancing.

Namun malang tidak berbau. Ada yang karam tanpa disangka-sangka. Ada yang lemas. Ada pula tidak dapat balik kerana sesuatu hal. Ada juga yang tercedera. Parah atau tidak. Semua itu tidak mematahkan semangat mereka yang benar-benar menyukai hobi ini. Walaupun ada halangan tetap diteruskan. Kata "gila". Bukan itu yang hendak dikabarkan.

Apabila sudah sampai ke destinasi. Lupa pula akan sesuatu barang perlu dibawa. Apa akan dibuat? Biarkan, cari yang baru atau buat seperti tidak tahu apa-apa. Pada yang berpengalaman, situasi ini mudah pada mereka. Jika tiada, gunakan apa yang ada. Jika ada, syukur kerana masih ada.

Mungkin semalam, barang itu tidak perlu digunakan. Mungkin hari ini, perlu digunakan. Siapa yang tahu bila masa barang itu perlu digunakan. Mungkin kali ini pergi, perlu diguna. Mungkin juga tidak. Apa pun alasan, sebab, tujuan bawa sahaja barang yang penting. Walaupun tidak diguna. Akan menjadi elok jika ada, tidaklah serabut memikirkan dimana perlu dicari.

BERNOKTAHKAN HITAM, titikkan satu, semua itu perlu dibawa. Agar apabila tiba ke destinasi tidak perlu mencari-cari lagi. Tidaklah berkata... "Kalaulah ada".

1 ulasan:

  1. berpantang maut sebelum ajal..
    sediakan payung sblm hujan..

    kalaulah ada.... itu bukan alasan
    yang penting sebuah perasaan
    dan juga keinginan
    pahit getir meredah lautan
    sakit pening itu adalah dugaan
    menjadikan sebuah memori indah dalam ingatan...

    BalasPadam

Sahabat