Ahad, 15 Mei 2011

RUPANYA DARI SATU

Sedar atau alpa. Umur semakin meningkat. Setiap gerak melangkah menjejak mati. Itu akhirnya. Seperti hujan kala ini. Rintiknya gugur mencium tanah. Akan naik semula. Berpusing lagilah dia. Sehingga bila? Biarlah cerita itu diceritakan mereka yang pakar. Bukan itu yang ingin dikabarkan.

Selang beberapa tahun hadir semula berbagai-bagai makhluk. Silih berganti bagai tiada kesudahan. Belum kelihatan. Haiwan dengan namanya. Tumbuhan dengan sifatnya. Manusia tetap mengekalkan alpanya. Alpa melihat dunia. Itu pun, bukan berita yang ingin dikabarkan.

Perlbagai-bagai nama digunakan. Walau nama telah diberi semasa lahir, ada juga sebelum lahir telah tercatitnya nama. Tetap dipanggil satu apabila semuanya berkumpul. Manusia dipanggil manusia. Haiwan dipanggil haiwan. Tumbuhan dipanggil tumbuhan. Bukan itu yang ingin dikabarkan.

Lihatlah dunia, pelbagai corak warna, gaya, sifatnya. Ada yang sama, tidak semua, ada yang beza, tetap sama. Manusia lahir dari satu, dipanggilnya Adam. Dari satu itu bertambah bilanggan. Menjadikan kaum, menjadikan bangsa. Kuat mahupun lemah. Dari satu asalnya mereka. BERNOKTAHKAN HITAM Sama rupanya, manusia. Dari satu yakini Adam. Usah bermasam muka. Berjabatlah tangan, jangan bermasam muka. Walaupun berkata dalam hati mereka yang dengki "Kau kau, Aku aku".

1 ulasan:

Sahabat