Isnin, 9 Mei 2011

KEDUKAAN LIHATLAH KECERIAAN

Hidup tidak selalu indah. Kadang-kala kecewa, merana, parah terseksa. Namun jangan kerana sesuatu itu menjadikan semakin dihantui bayangan keresahan, kegelisahan. Senyumlah, senyum itu mampu mengubat sedikit kekecewaan. Walaupun sedikit, ia sudah cukup menghilangkan dan akan digantikan dengan wajah yang ceria, bahagia.

Tidak pernah yang bahagia itu tidak melalui jalan kedukaan. Itu sesuatu yang mesti. Berjalan dalam kedukaan banyak mengajar tentang cara hidup selaku manusia. Dengarkan kisah-kisah kedukaan, mereka yang pernah mengalaminya dan pasti mereka pernah BERNOKTAHKAN HITAM. Tidak mahu kecewa lagi. Bahagia dengan apa yang menimpa.

Sedikit demi sedikit, kedukaan itu akan terhakis. Apabila segalanya menerima dengan keterbukaan. Lihatkan sahaja langit tidak selalu cerah dan adakalanya menitis air. Menitisnya itu bukan kerana kecewa.

Sedih jangan dipanjang-panjangkan. Malam akan berganti siang. Apabila siang menjelma, berjalanlah melihat yang terang. Jangan melihat kelam lagi.

3 ulasan:

  1. hehehee tul hari tak selamanya panas.... dah tak selamanya redup.... mungkin juga akan selamanya cerah sape tahu kan

    BalasPadam
  2. moga-moga cerahnya menyegarkan jiwa

    BalasPadam
  3. hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu kehidupan...

    BalasPadam

Sahabat