Selasa, 10 Mei 2011

PADAMKAN KEDUKAAN

Indah taman berwarna warni. Ada putih, ada hijau, ada merah ada kalanya hitam. Apabila malam menjelma mematikan alam. Lihatlah tatkala gelap tanpa sinaran cahaya. Semua warna menjadi hitam. Hanya putih, putih berseri menampakkan dia. Hitam langsung tidak nampak bayang. Meraba-rabalah, jika sentuh. Mungkin dia, mungkin tidak.


Hadirnya malam membuka ruang menyelami setiap yang terang. Tanpa menggunakan mata, hanya gunakan rasa, hati yang sudah tertanam sekian lama. Diam-diam menyelam itukah dia? Itukah yang dicari sekian lama? Tanpa melihat bisakah membezakan sesuatu itu? Itukah yang dicari? Adakalanya tanpa mata, bisa berjumpa. Jika kuat rasa, hati mengatakan benar. Namun adakah benar? Bukan itu yang hendak dibicarakan.


Lihat bunga berwarna hitam dan putih. Diambil bezanya. Letakkan ditempat yang gelap. Mana yang akan diperhatikan dulu? Putih atau hitam. Sudah tentu putih. Putih mampu bersinar tatkala malam. Jadi tanamkan dalam hati. Senyum itu mampu memadamkan kedukaan. Biar kecewa ditelan badai. Namun hati tabah mengharungi. Kerana ada putihnya itu. Senyum.


BERNOKTAHKAN HITAM tatkala seksa di sepanjang jalan. Senyum dan berkatalah "Syukur masih di terima setiap jalan diadakan." Sedang ujian itu hadir kerana kecintaan. Masihkah ada cinta andai merungut di setiap jalan? Selamlah rindu, masihkah ada? Ada itu wujud.

2 ulasan:

  1. ujian sentiasa hadir dalam setiap perjalanan sebagai simbol kekuatan...seandainya jalan yang diselusuri itu lurus tidak berliku..mana mungkin kenikmatan satu cabaran itu dapat dirasai....dengan adanya cabaran...perjalanan akan menjadi lebih bermakna...kenikmatan lebih terasa biarpun pahit untuk ditelan...

    BalasPadam
  2. seharusnya begitu, terus dan terus melangkah, jika penuh cabaran senyumlah, pasti bahagia

    BalasPadam

Sahabat