Rabu, 11 Januari 2012

Di Hutan Mahupun Di Lautan...

Jalan meredah hutan belantara ataupun di lautan yang berombak gelora. Kedua-duanya memelukan kekuatan zahir mahupun batin. Tidak kiralah berseorangan mahupun berteman. Jika berseorangan meredah pasti semakin sukar mempertahankan sesuatu yang di bawa. Maka, di harapkan pertolongan. Pertolongan dari siapa, ditengah-tengah sunyi mencengkam bahaya? itu bukanlah persoalan yang ingin di heboh-hebohkan.

Di hutan mahupun di lautan. Tetap ada bahaya, kesukaran dan pelbagai halangan yang harus di tempuh untuk menuju di sesuatu tempat yang ingin di tuju. Di hutan, ada binatang buas, lalang-lalang lebat menyukarkan pemandangan, curam-curam dalam. Di lautan pula, ribut melanda, luas permandangannya sukar menentukan jalan, pusaran yang tiba-tiba jelma. Semua bahaya itu dapat direntas dengan pengalaman, ketahuan selok belok keadaan tempat yang ingin di tuju. Tanpa pengalaman, dan kajian mendalam akannya menjadikan terperangkap selamanya di situ. Jika ada bantuan mudahlah. Jerit sahaja timbulah akan penyelamat. Itu jika berteman. Jika keseorangan, apa yang akan dilakukan? itupun bukanlah soalan untuk di tujukan.

BERNOKTAHKAN HITAM, apapun situasi dan apapun keadaan. Kajilah dan fikirlah akan sesuatu itu sebelum membuat satu keputusan muktamat. Adakalanya keputusan akhir itu semakin mendatangkan bencana. Adakalanya keputusan terburu-buru itu selamat. Orang tua-tua ada kata... "Fikir dulu sebelum buat..." di tambah lagi dengan keterangan orang-orang lama... "Sekali jatuh belum pastikan luka..." Maka, jadikan pengalaman dan pengajaran andai terkena tempias bencana. Jangan marah tidak tentu hala. Manalah tahu, dengan bahana itu, semakin mengenali akan selok belok jalan tuju. Maka, jalan mana sahaja, senyum bersahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sahabat