Ahad, 8 Mei 2011

PUJANGGA BERNOKTAHKAN HITAM

Langit hitam berwajah suram
Menerbangkan dedaun menyentuh alam
Bukan itu yang dikabarkan
Tapi pekat malam yang kelam
Menjadikan mata terpejam
Umpama buta dijalanan

Walaupun di buka
Walaupun di tutup
Tetap sama, kelam sahaja
Itu yang terjadi
Apabila hitam menujukkan jalan

Hitam yang dirasa
Bukan dosa
Mahupun pahala

Langit hitam berwajah suram
Walau mata terbuka ia tetap kelam
Jika tertutup, makinlah hitam

Pujangga BERNOKTAHKAN HITAM
Biarlah diam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sahabat